"Tudung Bukan Topeng Wahai Anak Perempuan, Be Yourself..!!!
tajuk post kali nie...
huhu
ni just sekadar kongsi ngn smua kengkawan...ok..!! (^_^)
Ade yang khuatir dengan persepsi orang yang memakai tudung. Ramai yang sangka dan dikatakan orang bertudung perlu lembut dan sopan tutur katanya. Dengan kata lain jadi feminin.
Pernahkah korang membaca cerpen bertajuk "Miss Marsha" karya Maya Lestari GF?
ceritanya berkenaan pensyarah wanita yang mengajar subjek kalkulus. Dia berkomunikasi dan mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Gayanya ala koboi. Bersenjatakan pistol mainan berisi cecair berwarna dan pekat. Baju mahasiswa yang lewat datang ke kelas, meniru ataupun melakukan kesalahan yang lain pasti menjadi sasarannya. Dia selalu meletakkan buku-buku diatas meja dengan bunyi yang kuat dan memberi arahan dengan tegas sambil bercekak pinggang, "Buat cepat." Begitu bergaya sekali gayanya. Ini menimbulkan persoalan kepada mahasiswanya,
"Wajarkah wanita berkelakuan demikian"
"Tahukah orang berkenaan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk orang yang bertudung kadang-kadang membebankan wanita?"
Padahal tudung bukan sandiwara yang memerlukan kita menjadi orang lain. Islam tidak menghapuskan sifat-sifat khas peribadi penganutnya yang tidak bertentangan dengan akidah semasa dia membuat keputusan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap. Islam membingkai manusia menjadi orang yang bersifat mulia dan menjadi sejarah Rasullah berkata, " Yang terbaik antara kamu pada masa jahilliah bakal menjadi yang terbaik pada masa keislamannya."
2 wajah yang kita rindukan iaitu as-Sidiq dan al-Faruq. Kedua-dunya memiliki bentuk tubuh yang berlainan. Perbandingan secara fizikal dan sifat. Abu Bakar menjadi kurus sehingga kain sarungnya selalu terlondeh kebawah semasa solat meskipun sudah dibetulkan .Sedangkan Umar pernah membuat 4 orang makmum jatuh terlentang kerana bersinnya sewaktu memriksa saf sebelum menunaikan solat.
Muslim pernah merekodkan episod indah berkenaan perbezaan sifat mereka berdua. Perbezaan yang membuahkan sikap yang berlainan kepada tawanan Perang Badar.
nasihat Rasullulah ...Rasulullah berkata :
"sesungguhnya Allah melunakkan hati orang yang diingini-Nya sehingga lebih lunak daripada susu dan Allah mengeraskan hati orang yang diingini-Nya sehingga ada yang lebih keras daripada batu, Sesungguhnya engkau wahai Abu Bakar, seperti Nabi Ibrahim yang berkata, 'orang yang menurutku maka is adalah daripada golonganku dan orang yang menderhaka kepadaku, sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha mengasihani.'
(surah Ibrahim, ayat 36)
Luar biasa bukan?.Memaksa diri menjadi orang lain selepas melakukan hijrah dengan memakai tudung adalah perbutan bodoh. Alangkah sunyinya dunia ini apabila semunya seragam. Biar semunya sesuai dengan sifat kurniaan Allah yang sudah ada dalam diri kita.
Wanita yang mempunyai keperibadian yang kuat dan berani seperti Ummu Hani binti Abu Talib sentiasa wujud. Pasti ada wanita yang suka bermanja dan ceria seperti Aisyah. Ada juga yang mampu membentak dan ketawa terbahak-bahak seperti Hafshah. Demikian pula perempuan lembut dan keibuan seperti Khadijah. Apa salahnya, lelaki pun mempunyai citarasa yang berbeza.
Allah menjelaskan :
" sibghah(agama) Allah, dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Kepadanya kami beribadat."
(surah al-Baqarah, ayat 138)
Tudung bukan sandiwara yang menjadikan kita orang lain, Justeru tidak perlu sinarkan keunikan diri sungguhpun kita bertudung. Biar keindahan warna-warni itu hidup dan meronai dunia dengan pelangi akhlak.
Pesona atas pesona,
Kutanamkan didalamnya mutiara lalu kubiarkan,
Bersinar tanpa mentari dan berjalan tanpa rembulan,
Kedua matanya adalah sihir dan keheningannya laksana pedang India,
Milik Allah lah bulu mata, leher dan kulit yang dicelup merah...
(sumber dari : buku "Biar Bidadari Menceburi Dirimu"
* perempuan yang lembut dan keibuan seperti Khadijah* |
kamsahamnida sbb still stia hingga ke penghujung yer,..
aq just retyping from that book...
sekadar perkongsian...
moga2 yag membaca entry ni dpermudahkan segala urusan hidup nya...
dan diberkati allah..
moga2 kita digolongan otrang yang beriman...insyallah (^_^)
<------TAMAT------>
No comments:
Post a Comment
~uh-oH~
uda baca sila-sila ringnkn jemari anda tok comment ok..!!!!
SmiLe ~