he

Wednesday 19 June 2013

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK.



1-      TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI..

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan  tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut..



2-      TERLEBIH MAKAN

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan dan menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini menyebabkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.



3-      MEROKOK

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.



4-      MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN

Gula yang berlebihan dalam badan menganggu penyerapan nutrisi dan protein. Ia juga boleh menggangu perkembangan otak yang sihat.



5-      MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR

Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok  juga boleh mendedahkan kita asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.



6-      TIDUR YANG BERLEBIHAN

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.



7-      TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA

Tidur sambil meniarap dan menutup muka dengan bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini menyebabkan otak kekurangan oksigen.



8-      KURANG BER IMAGINASI

Berfikir merupakan satu cara yang paling baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.



9-      JARANG BERFIKIR

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih  otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.



10-   TIDAK MEMBACA  ALQURAN

Alquran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t . Membacanya akan memberi  banyak manfaat  kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan daripada rosak.  Tidak membacanya akan menyebabkan otak menjadi dungu.
 

No comments:

Post a Comment

~uh-oH~
uda baca sila-sila ringnkn jemari anda tok comment ok..!!!!
SmiLe ~