zzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzz...... ~~~~ sleepy..~~~
Huh..!!! huh..!!! hah hah ..!!
Sape suka tido lambat kat sini...biase dy ye...huh..!!!! biase dye ye...
suka sangat...tak m0..!! tak m0..!! n0..!! n0!!
Wahai sahabat2 ku sekalian...aku just nak bagi some info yg penting nie..!!
Tu laa...kite selalu disarankan untuk tido awal antara 7 hingga 8 jam
sehari...buat tak korang...menipu laa....korang kan blogger,..penulis ..tak
gitu...
Biasanye penulis mcm kite2 nie susah nak tido awal setiap hari..im
right..?? betul tak..???
Same jugak la mcm aku susah sgt nak tido awal..aku lagi la student biase
suka berjaga malam..
Korang perasan tak..klo berjaga malam mesti korg rase lapa kan..selalu cari mknnn tgh2 mlm
buta..mkn mlm2 ni tak elok tau...nanti gemuk..!!! ag2 nak senang masak korg mesti selalu masak
maggi je kan...hmmm...apa nak jadi..
Nah..!!! amik ni aku bagi info KEBURUKAN TIDUR LEWAT DAN BANGUN
LAMBAT...baca tau sampai habis..
Punca utama
kerosakan hati adalah:
- Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
- Tidak buang air kecil di pagi hari.
- Terlalu banyak makan.
- Tidak mengambil sarapan.
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif,
pewarna makanan, dan perasa tiruan.
Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan
mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan
minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan
berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam
keadaan betul-betul fit.
Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan
beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya dimakan mentah atau dimasak 3-5
bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak
disimpan.
Kurangkan
makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam
sehingga lewat pagi.
Mari kita
lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.
Malam (9pm –
11pm): adalah masa
untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak
diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya
dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika
seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti
mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan
memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di
(11pm-1am): Proses
de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan
tidur nyenyak.
Tengah malam
(1am – 3am): proses
de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan
tidur nyenyak.
Tengah malam
(3am – 5am): proses
de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi
yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat
kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan,
kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu
proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi
(5am – 7am): proses
de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am –
9am): Penyerapan
gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang
sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi
sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang
tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat
mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus
daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat
akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam
sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Tapi lain
pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.
“Banyak
tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang
termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Masalah
sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada
seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa
yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi
masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur
anda.
Cara Mengatasi Masalah Tidur
Masalah
susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya.
Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang
anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang
lain.
- Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
- Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
- Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
- Elakkan Dari Bunyi Bising
- Tutup Semua Sumber Cahaya
- Baca Doa Sebelum Tidur
Masalah
susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya.
Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang
anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang
lain.
Info yg brguna,blog awk pn comel. hihi ^_^
ReplyDeleteGood info...
ReplyDelete